15 Julai 2012 Ahad - Kembara Masjid singgah sebentar di Masjid Jamek Batu 12 , Puchong. Oleh kerana kesuntukan masa di mana waktu Maghrib semakin menghampiri dan hujan yang akan turun pada bila-bila , maka hanya gambar masjid di ambil dari dalam kereta sahaja. Masjid ini terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Putrajaya
Masjid ini kelihatan usang sedikit, kerana kebanyakan jemaahnya tiada lagi di sini seperti Kuarters JKR yang semakin kosong ditinggalkan oleh penghuninya dan Balai Polis Puchong yang telah berpindah ke Puchong Jaya. Masjid ini seakan aktif bila hari Jumaat di mana ianya digunakan oleh pekerja-pekerja kilang yang berhampiran untuk solat Jumaat berjemaah.
No comments:
Post a Comment