Wednesday, August 8, 2012

SURAU (RAMADHAN) PU 5 PUCHONG UTAMA


Syukur Alhamdulilah, buat kali ke 6, muslimin dan muslimat di PU 5
dapat mengerjakan solat tarawih dan witir secara berjemaah di kawasan
PU 5 ini.  Walaupun surau ini hanya sementara dan dibuka pada bulan
Ramadhan sahaja tetapi ianya cukup mengembirakan semua.  Insyaallah
pasti tahun hadapan kita akan dapat bersolat sempurna di Surau baru
yang bersebelahan dengan surau sementara sekarang ini.


Seperti biasa aktiviti gotong royong menyiapkan surau ini akan dibantu
oleh semua penduduk.  Terima kasih kepada hamba Allah (tuan punya rumah ini)
yang terus membenarkan ruang tepi rumahnya (setor) dijadikan surau sementara.



Semakan arah kiblat akan dibuat setiap kali surau ini dibuka semula


Sumbangan daripada Pejabat Ahli Parlimen Puchong yang diuruskan
oleh En. Micehal Tamilarason Ahli Majlis MPSJ sekurang-kurangnya dapat
membantu melancarkan aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan ini.

Begitu juga sumbangan tetap dari Syarikat Master Defence (M)
Sdn Bhd yang terus setiap tahun menyumbang bagi keperluan
surau ini.




1 comment:

  1. Bertudung Belum Tentu Lagi Menutup Aurat.
    Tudung Dan Pakaian Di Badan Harus Sama Selari.
    Untuk Peringatan Kita Bersama.

    http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

    ReplyDelete