Masjid Jamek Pontian terletak di Jalan Besar Pontian
Tuesday, October 30, 2012
Wednesday, October 10, 2012
ARTIKEL MENARIK UNTUK DIKONGSI BERSAMA
Dr Zakir Naik
gambar dari sini
Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.
Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.
Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.
Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”
Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD)
Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.
Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.
ISLAMIC RESEARCH FOUNDATION
Islamic Reseach Foundation yang diasaskan pada bulan Februari 1991 merupakan satu pertubuhan rasmi yang tidak berasaskan keuntungan yang berperanan menyebarkan dakwah serta mesej Islam kepada masyarakat, sama ada Islam mahupun bukan Islam.
Kerja-kerja yang dihasilkan oleh I.R.F termasuklah buku-buku, dokumentari dan video-video ceramah telah sampai ke jutaan manusia di serata dunia melalui saluran TV satelit antarabangsa, Internet dan media cetak; kebanyakkan menumpukan kepada memberikan kefahaman terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih dan juga logik akal.
Islamic Reseach Foundation dinaungi oleh Dr. Zakir Naik Abdul Karim Naik. IRF boleh dihubungi di alamat:
56/58 Tandel Street ( North),
Dongri, Mumbai – 400 009 India.
Tel : (0091-22) 23736875 (8 lines)
Fax : (0091-22) 23730689.
Laman web: http://www.irf.net
Dr. Zakir Naik Vs Dr. William Campbell
Tajuk: “Qur’an and Bible in the light of Science”
Sinopsis: Debat Hebat ini berlangsung di Skokie, Illinois, USA. Dr. Zakir Naik telah bertindak menerima cabaran Dr. William Campbell yang pernah menulis buku menghina al-Quran bertajuk “The Qur’an and the Bible in the light of History and Science”. Dalam buku tersebut Dr.William Campbell menghina Al-Quran dengan mengatakan fakta-fakta di dalamnya bertentangan dengan Sains manakala ayat-ayat Bible menunjukkan fakta sains. Beliau juga mencabar Orang Islam untuk menjawap dakwaan beliau.
Antara kandungan menarik Debat ini ialah:…
- Pembuktian Al-Quran firman Allah menerusi Sains dan logik akal
- Konsep salah Holy Trinity
- Penyimpangan ajaran Kristian daripada ajaran Nabi Isa AS
- Kandungan Bible yang telah diubah
- Hujah-hujah Dr. William Campbell yang mudah dipatahkan oleh Dr. Zakir Naik
- Pembuktian KeRasulan Nabi Muhammad SAW
Dr Zakir Naik mematahkan hujah-hujah Dr William Campbell menerusi:…
- Firman Allah dan Hadis Nabi SAW
- Petikan Ayat-ayat Bible
- Kajian Sains dan Teknologi
Lihat debat di sini:
http://www.youtube.com/view_play_list?p=625048053B10637E
Biodata Dr. Zakir Bin Naik
Beliau berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang mendapat gelaran ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar biasa, beliau juga digelar ‘Deedat Plus’ kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan luarbiasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang teks.
Biodata Dr. William Campbell
Beliau adalah seorang Missionary Kristian yang berkelulusan PhD bahagian teologi Kristian dan fasih berbahasa Arab. Beliau bertaraf ‘Ulama’ Kristian adalah seorang yang sangat kritis kepada ajaran Islam dan Al-Quran. Berbanding Dr Zakir Naik, beliau berhujah dengan merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang beliau sediakan…tetapi yang ajaibnya adalah semua rujukan beliau itu dihafal secara ‘ayat ke ayat’ oleh Dr Zakir Naik.
Sesungguhnya melihat perdebatan tersebut akan membuatkan kita merasa takjub akan kurniaan Allah terhadap Dr Zakir Naik. Debat tersebut juga berjaya membongkar segala kesalahan ajaran Kristian secara ilmiah dan bukti konkrit yang sukar untuk ditolak oleh Dr William Campbell sendiri. Adalah dilaporkan, ratusan orang yang memeluk agama Islam setelah melihat perdebatan tersebut.
Debat ini adalah debat terakhir yang dibuat oleh Dr.Zakir Naik kerana cabarannya kepada pendeta-pendeta agama Yahudi, Buddha, Hindu, Atheis malahan Kristian untuk berdebat tentang kebenaran Islam tidak berani lagi disambut selepas itu. Mungkin mereka gentar kepada Dr. Zakir Naik yang memperlakukan Dr. William Campbell seperti seorang yang ‘hilang arah’ dan hujah ketika bertemu beliau.
Video salah seorang wanita beragama Hindu memeluk Islam secara LIVE di Peace TV selepas bertanya satu soalan kepada Dr. Zakir Naik. Setelah berpuas hati mendengar penjelasan daripada Dr. Zakir Naik, tanpa teragak-agak wanita ini mengucap 2 kalimah syahadah
Monday, October 8, 2012
LAGI MASJID2 DI KOTA SINGAPURA
AS- SYAKIRIN
AL- BAALWIE
AL- BENCOOLEN
MASJID DARUL AMAN
MASJID DARULGHUFRAN
MASJID DARUL MAKMUR
MASJID DARUL SALAM
MASJID DAWODIBOHRA
MASJID EN NAEEM
MASJID HJ MOHD SALLEH
Tuesday, September 18, 2012
SURAU NURUL HIDAYAH BT 11 PUCHONG
Rasa terpanggil untuk mengisukan Surau Nurul Hidayah Batu 11 Puchong ini.
Ianya terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
Jika diambil dari padangan sudut mata kasar, surau ini seakan tenggelam
akibat dari pembangunan yang sediada disekitarnya, kerna ianya terletak
dibawah.
Difahamkan surau ini masih lagi digunakan oleh ahli-ahli kariah
yang berhampiran serta pekerja-pekerja pejabat disekitarnya
Terdapat ura-ura untuk pengambilan tapak surau ini oleh pihak-pihak
yang berminat , moga-moga ianya tidak menjadi kenyataan.
Wednesday, September 12, 2012
LAGI MASJID-MASJID DI SINGAPURA
MASJID ALKAFF KG MELAYU
MASJID AL-KHAIR
MASJID AL-MUKMININ
MASJID AL-MUTAQQIN
MASJID AL-ANQULLIA
MASJID AN-NAHDHAH
MASJID AN-NUR
MASJID AR-RAUDHAH
MASJID AS-SSAYFAAH
Sunday, September 2, 2012
MASJID-MASJID DI SINGAPURA
Baru-baru ini keluar 1 email di Yahoo mengenai kesukaran untuk mencari surau dan majis di Singapura. Atas inisatif seorang hamba Allah, dikeluarkan gambar dan nama 69 Masjid yg terdapat di Singapura. Maka saya rasa terpanggil untuk meletakkan disini apabila melihatkan keindahan senibinanya walaupun kecil ciri-ciri dan lambang Islamik tetap menyerlah meskipun umat Islam di negara tersebut merupakan golongan minoriti.
MASJID AHMAD
2, Lorong Sarhad
Singapore 119173
Tel : 6479 6442
Fax : 6479 8487
Singapore 119173
Tel : 6479 6442
Fax : 6479 8487
MASJID AL-ANSAR
155, Bedok North Avenue 1
Singapore 469751
Tel: 6449 2420
Fax: 6445 4702
Singapore 469751
Tel: 6449 2420
Fax: 6445 4702
MASJID AL-HUDA
34, Jalan Haji Alias
Singapore 268534
Tel: 6468 4844
Fax: 6463 9589
Singapore 268534
Tel: 6468 4844
Fax: 6463 9589
MASJID AL-IMAN
10, Bukit Panjang Ring Road
S(679943)
Tel: 6769 0770
Fax: 6769 8970
S(679943)
Tel: 6769 0770
Fax: 6769 8970
MASJID AL-ISTIGHFAR
10, Bukit Panjang Ring Road
S(679943)
Tel: 6769 0770
Fax: 6769 8970
S(679943)
Tel: 6769 0770
Fax: 6769 8970
MASJID AL-ISTIQAMAH
2,Seranggon North Avenue 2
Singapore 555876
Tel: 6281 4287
Fax: 6281 3204
Singapore 555876
Tel: 6281 4287
Fax: 6281 3204
Monday, August 27, 2012
MASJID YAM TUAN RADEN KUALA PILAH
15 Ogos 2012 Rabu jam 2.00 petang, bersolat Zohor di masjid ini
setelah selesa mengambil anak di MRSM Serting untuk pulang berhariraya
Masjid ini terletak di Jalan Besar Pekan Kuala Pilah
Mempunyai tingkat di atas untuk solat wanita
Terdapat sebuah menara yang unik senibina di masjid ini
Subscribe to:
Posts (Atom)