Sunday, July 22, 2012

MASJID AL-FALAK USJ 9 SUBANG JAYA

                                Masjid ini terletak terseragam indah di USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.





Tuesday, July 17, 2012

MASJID KG SG RAMAL LUAR KAJANG

                              
                              16 Jul Isnin 10.30 pagi.   Alhamdulilah akhirnya diberi kesempatan untuk singgah dan ziarah di Masjid Kg Sg Ramal Luar, Kajang ini.   Sebelum ini hanya melaluinya sebab menghantar anak balik ke asrama di SAAS Kajang.   Walaupun cuaca agak mendung dan kesuntukan masa bagi menghantar mereka balik ke sekolah tetapi hajat tetap diteruskan.


                                            Seperti ditentukan Allah, turun sahaja dari kereta terjumpa dengan AJK Masjid yang sedang tekun menjalankan kerja-kerja pembersihan di luar masjid.  Darinya dapatlah sedikit maklumat dan info mengenai masjid ini.


                              Masjid ini terletak bersebelahan dengan Lebuhraya SILK Kajang menghala susur ke pekan Kajang selepas persimpangan Semenyih dan Banggi.   Terdapat masjid lama bersebelahan dengannya dan ianya digunakan hanya untuk solat jumaat sahaja.  


                               Masjid lama ini berusia 83 tahun seperti tertera pada tiang masuk pintu masjid yang ianya telah dibina pada 1929.  Ianya masih kukuh dan mengekalkan seni bina tempatan dan tidak berubah hanya di cat semula bagi menyerlahkan keasliannya.


MASJID JAMEK BT 12 PUCHONG


                              15 Julai 2012 Ahad - Kembara Masjid singgah sebentar di Masjid Jamek Batu 12 , Puchong.   Oleh kerana kesuntukan masa di mana waktu Maghrib semakin menghampiri dan hujan yang akan turun pada bila-bila , maka hanya gambar masjid di ambil dari dalam kereta sahaja.  Masjid ini terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Putrajaya


                               Masjid ini kelihatan usang sedikit, kerana kebanyakan jemaahnya tiada lagi di sini   seperti Kuarters JKR yang semakin kosong ditinggalkan oleh penghuninya  dan Balai Polis Puchong yang telah berpindah ke Puchong Jaya.  Masjid ini seakan aktif bila hari  Jumaat di mana ianya digunakan oleh pekerja-pekerja kilang yang berhampiran untuk solat Jumaat berjemaah.

MASJID AL-HUSNA, PUSAT BANDAR PUCHONG


                             15 Julai  Ahad - Kembara Masjid kali ini singgah di Masjid Al-Husna, Pusat Bandar Puchong, lebih kurang jam 6.45 petang.   Masjid yang terletak di atas anak bukit bersebelahan dengan Kuarters MPSJ dan berhadapan dengan Kuarters Guru Pusat Bandar Puchong.


                               Sempat  mengerjakan solat asar dan seterusnya mengambil gambar-gambar keadaan luar masjid dari pelbagai sudut yang menarik ketika remang-remang senja sedang berlabuh.




Tuesday, July 10, 2012

MASJID DARUL SALAM PUCHONG


                               Masjid ini terletak di Kg Pasir Bt 13 Puchong.  Ia bersebelahan Jln Puchong - Dengkil.   Masjid ini baru selesai menjalani proses pengubahsuaian yang memakan masa agak lama juga akibat masalah kekurangan dana dan bantuan.  Tapi syukur Allhamdulilah akhirnya siap juga sepenuhnya.   Nama masjid ini seakan-akan dengan nama Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Sejarah awal pembinaan masjid ini


Ruang dalam masjid yang agak luas dan air cond sepenuhnya

Ruang luar legar masjid

* sumber htpp://masjiddarulsalam@blogspot.com

MASJID BDR BKT PUCHONG


                               Masjid ini terletak di atas sebuah bukit di Bandar Bukit Puchong.  Siap dibina pada tahun 2007.   Mempunyai senibina yang menarik di dalamnya terutama seni beni melayu pada pintu masuknya.  Mempunyai 1 pemandangan yang menarik apabila melihatnya dari bawah mahupun bila kita berada di masjid.




MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA

                             
                              Masjid As-Salam Puchong Perdana merupakan salah satu mercu tanda utama di Kawasan Puchong. Dikenali juga sebagai "Masjid Terapung", ianya terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain Taman Perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan, Taman Puchong Permai dan Taman Puchong Prima dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).


                              Kedudukan masjid ini dari persimpangan masuk LDP ke Taman Puchong Perdana hanya lebih kurang 300 meter sahaja. Pembinaan Masjid As-Salam Puchong Perdana bermula pada 20 March 2004 dan mula siap digunakan pada 5 Januari 2006. Majlis Pembukaan masjid telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Agama Islam Negeri dan Daerah Petaling serta pemimpin masyarakat di sekitar Puchong. Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan merasmikan Masjid As-Salam ini pada 8/12/2006.
                               Pembinaan masjid ini di atas tasik, menjadikan ia satu-satunya masjid terapung di Negeri Selangor pada masa ini. Bangunan masjid ini mempunyai 2 1/2 tingkat di mana 1 1/2 tingkat merupakan ruang solat. Ruang solat masjid boleh menampung lebihkurang 4000 orang. Manakala, tingkat bawah mempunyai beberapa kemudahan seperti berikut


* SUMBER & GAMBAR DARI BLOG MASJIDAS-SALAM PUCHONG PERDANA & INTERNET

MASJID JAMEK BT 14 PUCHONG


                               Masjid Jamek Bt 14 Puchong terletak di atas sebuah bukit di Kg Baru Bt 14 Puchong.  Rekabentuk dan struktur bangunannya adalah dari asal iaitu menggunakan separuh kayu dan batu.  Bersebelahan bangunan masjid terdapat sebuah tanah wakaf perkuburan.  Masjid ini dikelilingi kawasan perumahan kampung tradisional.


                               Masjid ini diketuai oleh seorang Nazir iaitu  Tn. Hj. Haridan Yusoff dan dibantu oleh Tn. Hj. Idris Ahmad sebagai Imam 1 serta En. Zulkifli B. Hassan sebagai Setiausaha. 
                          




Monday, July 9, 2012

SURAU AL-MAWADDAH PU 5 PUCHONG UTAMA

(CADANGAN SURAU PU 5)

                               Bismilahirohmanirohim ..... akhirnya tercipta juga satu blog mengenai masjid-masjid (rumah Allah) yang sangat saya impikan terutama selepas balik dari umrah baru-baru ini.   Hajat mengenainya telah lama terpendam dan ianya adalah salah satu sumbangan  agar kita dapat menghayati dan mendekatkan diri kepadanya kerana hidup ini adalah sementara maka berlumba-lumbalah kita melakukan kebaikannya.  Banyak carian  dilakukan mengenai blog masjid di internet tetapi kebanyakan blog tersebut  tidak menyeluruh (hanya sekadar gambar tanpa sebarang maklumat yang lain) dan ada yang tidak lagi aktif.   Maka atas tanggungjawab seorang Isalam diteruskan kesinambungannya bagi kebaikan kita bersama dan syiar Islam seterusnya.

(PELAN TAPAK SURAU PU 5)
                               
                               Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.  Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.   Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.


                               Tujuan utama gambar cadangan Surau PU 5 Puchong Utama (Surau Al-Mawaddah) dijadikan bahan utama adalah kerana inilah perjuangan peribadi yang belum masih belum diselesaikan dan ianya seakan menuntut kesabaran serta komitmen yang tinggi.  Walaupun perjuangan telah hampir 5 tahun namun erti penat dan tidak mengenal putus asa tidak ada dalam diri.  Kini kelulusan Kebenaran Merancang (KM) telah diperolehi dari pihak yang berwajib, moga ianya terus dipermudahkan